
Thursday, September 3, 2009
Rancangan Aktiviti Tahunan Persatuan Matematik 2009
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN MATEMATIK 2009
BULAN | AKTIVITI | OBJEKTIF | TARIKH | JANGKAAN HASIL | SASARAN | TINDAKAN |
JANUARI | 1. Mesyuarat Agung Persatuan 2. Taklimat aktiviti tahunan, bidang tugas ajk serta tanggungjawab ahli. | Pemilihan dan pengesahan perlantikan AJK Memudahkan aktiviti penyelarasan aktiviti | 21.01.09 | Dapat membentuk satu badan organisasi yang lengkap berdasarkan undian majoriti. Murid dapat memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing | Semua ahli persatuan | Semua guru penasihat |
FEBUARI | 1. Latih tubi menyebut nombor(nilai) dalam bahasa inggeris: · Menyebut nombor plat kenderaan. · Menyebut nombor telefon 2. Permainan Binggo | Dapat meningkatkan tahap kepekaan nombor seseorang murid. Meningkatkan kemahiran mendengar dan tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Belajar sambil bermain | 11.02.09 25.02.09 | Murid akan lebih peka tehadap nombor. Menimbulkan minat murid untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Penguasaan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris bagi subjek matematik dapat ditingkatkan. | Semua ahli persatuan | Semua guru penasihat |
MAC | 1. Mengecam dan menamakan bentuk-bentuk asas. · Permainan mencari bentuk tersembunyi dalam lukisan/gambar · Permainan membilang bentuk | Murid dapat mngecam bentuk-bentuk asas serta dapat menyebut & mengeja istilah bagi nama setiap bentuk dalam bahasa Inggeris | 11.03.09 | Murid dapat meningkatkan ketajaman mata dan keupayaan menganalisis serta membandingkan bentuk. Penguasaan istilah matematik dalam bahasa Inggeris dapat ditingkatkan. | Semua ahli persatuan | Semua guru penasihat |
Minit Mesyuarat Agung Persatuan IMatematik
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN MATEMATIK SK SYP (1) BAGI TAHUN 2009
Tarikh : 21 Jan 2009 Masa : :2.00 ptg Tempat : Kelas 2 Pintar
Kehadiran
1. Norzihan bt Ab Razak - Setiausaha
2. Pn Mariah bt Kamaluddin - AJK
3. Pn Noor Rihan bt Mohd Nor - AJK
4. Pn Noor Laila bt Mohd Noor - AJK
5. YM Raja Azman b Raja Mamat - AJK
Tidak Hadir : 1. En ishak b Hamat - Pengerusi ( bercuti)
AGENDA 1
UCAPAN PENGERUSI
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Noor laila bt Mohd Noor kerana En Ishak b Hamat bercuti.
1. Majlis dimula dengan bacaan Al-Fatihah.
2. Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru penasihat dan semua ahli yang hadir. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat agung ini bagi melaksanakan proses pemilihan jawatankuasa Persatuan Matematik SK SYP (1) bagi tahun 2009.
AGENDA 2
UCAPAN PENGERUSI
Mesyuarat agung telah membuat pemilihan AJK Persatuan Matematik seperti berikut:
i) Pengerusi | : Mohd Azan Ikhwan b. Razali | (6P) |
ii) Timbalan Pengerusi | : Mohd Alif Amran b. Yusoff | (5B) |
iii) Setuausaha | : Nurul Najihah bt. Mazlam | (6P) |
iv) Pen. Setiausaha | : Nazuha Farhanis bt. Kamaruzaman | (5C) |
v) Bendahari | : Mohd Ammar Afiq b. Zainuddin | (6G) |
vi) Pen. Bendahari | : Mohd Khair Najmie b. Mohd Rozian | (5P) |
vii) AJK | : i) Mohd Rasydhan b. Mohd Rusli | (6P) |
| ii) Mohd Afiq Aiman b. Zamri | (6G) |
| iii) Zulhakimi b. Zulkifli | (5B) |
| iv) Farida Emilia bt. Mohd Azmi | (5G) |
| v) Nik Abdul Qadir b. Nik Dzulkifli | (4B) |
| vi) Mohd Khairul Azan b. Sabri | (4C) |
AGENDA 3
PERJUMPAAN PERSATUAN MATEMATIK
Perjumpaan aktiviti bagi Persatuan Matematik adalah seperti yang telah ditetapkan dalam takwin aktiviti ko-kurikulum sekolah. Murid diingatkan untuk hadir setiap kali perjumpaan diadakan dan kehadiran adalah diwajibkan. Murid yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah akan diambil tindakan sewajarnya.
Mesyuarat berakhir pada jam 3.00 petang. majlis ditutup dengan tasbih dan surah Al-Asr
Yang benar,
.................................................
(NORZIHAN BT AB RAZAK)
Setiausaha,
Persatuan Matematik,
Sek. Keb. Sultan Yahya Petra 1.
Surat Penurunan Kuasa Kepada Jawatankuasa
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 Kuala Krai,
Kelantan.
_________________________________________________
Rujukan Kami : SKSYP (1) 05/04/004( )
Tarikh :
.....................................................................
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai.
Melalui dan salinan,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai.
Tuan,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA
Berhubung perkara tersebut di atas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai ............................................................. berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.
3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi Persatuan Matematik sekolah.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
......................................................
(ISHAK B. HAMAT)
Guru Pemimpin Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Sulatan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai.
Surat Kelulusan Penubuhan Persatuan Matematik
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 Kuala Krai,
Kelantan.
__________________________________________________
Rujukan Kami : SKSYP (I) 05/01/006( )
Tarikh :
En. Ishak b Hamat
Guru Pemimpin Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai.
Tuan,
KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN MATEMATIK
Merujuk surat tuan SKSYP 1 05/004/001 (01) bertarikh 31.12.2008 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan PERSATUAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1 adalah DILIULUSKAN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.
Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
................................................
(ROSNAH BT. CHE AMAT)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sulatan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai.
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 Kuala Krai,
Kelantan.
_________________________________________________
Rujukan Kami : SKSYP (I) 05/03/003( )
Tarikh : 31 Disember 2008
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.
Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN MATEMATIK
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ISHAK B. HAMAT berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 yang berkait dengan Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERSATUAN MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1 mulai 1 Januari 2009.
2. Bersama-sama ini disertakan
2.1 Draf Perlembagaan
2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Jawatankuasa Penaja
3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
......................................................
(ISHAK B. HAMAT )
Pengerusi Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Sulatan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai.